POLYCC Agentic AI League 2026
Pertandingan POLYCC AGENTIC AI LEAGUE tanpa perlu kemahiran pengaturcaraan! Cukup dengan minat dan semangat untuk meneroka teknologi AI bersama rakan sepasukan anda dengan menggunakan AWS KIRO.
Untuk maklumat lanjut mengenai POLYCC Agentic AI League 2026, sila hubungi:
π En.Akashah β O19.6.63.67.31
Syabas kepada lima pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir POLYCC Agentic AI League 2026! Berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang peringkat saringan dalam talian, berikut ialah kedudukan rasmi para finalis:
Sebelum berentap di pentas utama, setiap pasukan perlu membangunkan tools pada Lambda function serta menetapkan konfigurasi optimum agen AI masing-masing. Persediaan ini penting bagi memastikan agen AI mampu menyelesaikan cabaran dalam 3 game map Grand Finale, dalam masa kira-kira 30 minit.
Bagi memeriahkan lagi suasana, setiap pasukan finalis diwajibkan membawa pasukan sorak masing-masing untuk memberikan sokongan padu!
Selamat maju jaya kepada semua finalis! Buktikan kehebatan agen AI anda di pentas akhir!
Jom sertai Pertandingan POLYCC Agentic AI League 2026. Di sinilah para peserta akan bertarung membangunkan agen-agen dan Model Bahasa Besar (LLM) mereka sendiri untuk bersaing untuk menjadi juara utama POLYCC Agentic AI 2026. Alami sendiri pengalaman sebenar dalam pembangunan agen kecerdasan buatan AI menggunakan AWS Bedrock AgentCore. Sagemaker AI Studio untuk melaksanakan penalaan halus (fine-tuning) LLM anda bagi memantapkan model LLM yang hebat. Semua peserta akan diberikan taklimat, online coaching clinic, tutorial serta penggunaan AWS Kiro iaitu Agentic AI Chatbot untuk membantu dalam menyelesaikan cabaran coding.POLYCC Agentic AI dianjurkan bersempena dengan Majlis Anugerah eDOLA Ke-14 yang meraikan kandungan dan usaha ciptaan digital TVET terbaik oleh pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
π Jom Sertai Pertandingan POLYCC Agentic AI 2026! π€βοΈ
Pertandingan POLYCC Agentic AI League 2026
POLYCC Agentic AI League 2026 merupakan penganjuran pertandingan bertemakan agentic buat kali pertama di Malaysia bersempena Majlis Anugerah eDOLA Ke-14 bermula 26 Jun 2026. Pertandingan ini membuktikan komitmen berterusan POLYCC dalam memperkasa teknologi AI dalam kalangan staf dan pelajar TVET.
Jika edisi lalu (LLM League) memfokuskan kepada chatbot maklumat umum, edisi 2026 membawakan evolusi baharu: pembangunan ejen AI autonomi yang mampu berfikir dan bertindak. Peserta akan merasai pengalaman industri sebenar membina ejen AI menggunakan AWS Bedrock AgentCore dan melakukan penalaan halus (fine-tuning) LLM melalui SageMaker AI Studio.
Pihak urusetia akan memberi bantuan sokongan seperti taklimat pertandingan, online coaching clinic, tutorial, serta kaedah-kaedah mendapat bantuan kod dengan menggunakan AWS Kiro . Jom daftar sekaranga untuk teroka potensi teknologi awan, dan jompuri sempadan inovasi digital di POLYCC Agentic AI League 2026!
Tingkatkan Kemahiran AI Anda Melalui Pengalaman Gamifikasi!
Peserta berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) melalui pendekatan gamifikasi yang menyeronokkan. Sepanjang pertandingan ini, peserta boleh menggunakan perkhidmatan melalui web konsol secara percuma. Menariknya, peserta tidak perlu mempunyai pengetahuan asas pengaturcaraan untuk menyertai pertandingan ini. Sebaliknya, mereka hanya perlu memahami asas teknikal AI β yang akan diajar secara dalam talian oleh tenaga pakar dari AWS.
Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan sebagai penghargaan atas penglibatan dalam pertandingan ini. Selain itu, hadiah-hadiah menarik turut ditawarkan kepada para peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan. Antara hadiah disediakan:-
Pertandingan ini membuka peluang kepada peserta untuk bertanding dan memenangi hadiah menarik, di samping memantapkan kemahiran dalam pembelajaran mesin (machine learning) sama ada secara dalam talian atau bersemuka. Pertandingan ini juga menjadi platform untuk berkongsi idea, strategi, dan pandangan dalam mencapai kejayaan dalam dunia Kecerdasan Buatan.
| Tarikh | Aktiviti |
| 22 Jun 2026 | Pendaftaran pertandingan dibuka |
| 22 Jun - 9 Julai 2026 | Promosi Pertandingan di TikTok BIPD. Jom follow,like & share |
| 10 Julai 2026 | Pendaftaran Pertandingan ditutup |
| 20 Julai 2026 |
Taklimat POLYCC Agentic AI League 2026 di YouTube EDUTV@POLYCC Pertandingan peringkat saringan secara atas talian bermula. |
| 27 Julai 2026 | Online Coaching Clinic POLYCC Agentic AI League 2026 di YouTube EDUTV@POLYCC |
| 30 Ogos 2026 | Pertandingan peringkat saringan secara atas talian tamat |
| 1 Sept 2026 | Pengumuman finalis & Taklimat pertandingan peringkat akhir POLYCC Agentic AI League 2026 di YouTube EDUTV@POLYCC |
| 14 Sept 2026 | Pertandingan peringkat akhir POLYCC Agentic AI League 2026 secara bersemuka di SACC Shah Alam |